Gotong-royong Perdana

SKSAA telah mengadakan gotong-royong Perdana pada 17 April 2010 yang lalu. Kehadiran ibubapa amat membanggakan . Ramai kaum ibu dan bapa bersama-sama guru dan murid-murid membersihkan kawasan sekolah. Ini adalah untuk memastikan tiada tempat untuk pembiakkan nyamuk . Dengan aktiviti ini juga dapat merapatkan lagi hubungan antara ibubapa dan guru.

PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6 2010

Pada sabtu ini diadakan perjumpaan Ibubapa murid tahun 6 2010. Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2010 bagi persediaan murid untuk menghadapi UPSR. Semua ibubapa murid tahun 6 dijempun hadir.

Watikah Perlantikan

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas sekolah, Pengawas Media, Briged Siber, Ketua & Penolong Ketua Kelas diadakan pada 18 Januari 2010 ( Isnin ) . Majlis diadakan di Dewan Sri Ehsan SK SAA. Pihak sekolah telah menjemput En. Zakaria Daud ( Pegawai Seranta Polis SKPS) IPD Kuala Selangor untuk menyampaikan sijil dan memberikan ceramah kepada murid-murid.